Remaja 14 Tahun Jadi Pemuas Nafsu Kekasih Ibu

Perbuatan terkutuk seorang lelaki terhadap seorang remaja bawah umur sejak setahun lalu terbongkar selepas gadis itu membuat laporan polis kelmarin.

Remaja perempuan berusia 14 tahun itu dirogol teman lelaki ibunya sejak setahun lalu.

Perbuatan itu dilakukan oleh lelaki berusia 46 tahun berkenaan setiap kali ibu remaja itu keluar bekerja.

Pelajar tersebut yang menuntut di tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di sini hanya mampu mendiamkan diri setiap kali selepas dirogol kerana diugut akan dipukul jika memberitahu ibunya atau membuat laporan polis.

Namun, rahsia tindakan keji lelaki itu terbongkar apabila mangsa bertindak nekad melarikan diri ke rumah rakannya di Seberang Perai.

Mangsa kemudian tampil bersama rakannya membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zain ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close