Raja Lawak 6 Minggu 5 | Gman Tersingkir

Minggu muzikal yang menjadi kegemaran setiap penonton dan peserta Raja Lawak selama ini gagal dimanfaatkan oleh kumpulan Gman apabila mereka tersingkir sebentar tadi dari Raja Lawak 6 (RL6).

Berlangsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, minggu kelima Gelanggang Raja Lawak 6 memerlukan setiap peserta RL6 membuat persembahan diiringi pemuzik jemputan yang diketuai Shah Slam. Para peserta dikehendaki menyelitkan unsur nyanyian dalam persembahan komedi mereka dan sejak musim pertama lagi, minggu muzikal sememangnya dinanti kerana pada minggu inilah para peserta selalunya akan tampil dengan persembahan berkualiti.

Kumpulan Gman tersingkir selepas mendapat undian terendah berbanding 8 peserta lain yang membuat persembahan di minggu kelima ini. Selain Gman, dua lagi kumpulan yang mendapat undian terendah ialah kumpulan Riki dan kumpulan Skema.

Penyingkiran Gman diumumkan oleh salah seorang juri tetap iaitu Sheila Rusly. Selain Sheila, dua lagi juri tetap untuk setiap minggu ialah penerbit terkenal David Teoh dan pelawak Sathiya. Gelanggang RL6 turut dipancarkan secara langsung di saluran Astro Warna (saluran 132) dan dihoskan oleh Jozan.

Kumpulan Gman adalah dibawah tunjuk ajar Cif Kecil Yus (Jambu) dan dengan penyingkiran mereka, tinggal 8 lagi peserta untuk berentap minggu hadapan.

Di bawah ini adalah video-video persembahan peserta Raja Lawak 6 pada minggu 5

Facebook Comments

Comments are closed.

Close