Pengantin Bersanding Di Pasar Awam Larkin

Kebiasaannya majlis persandingan diadakan di rumah mahupun hotel, namun berbeza buat Erryzuan Topah, 34, dan pasangannya, Nurul Jannah Abdullah, 22, yang bersanding di Pasar Awam Larkin di sini hari ini.

Menurut Nurul Jannah, cadangan mengadakan majlis persandingan di pasar berkenaan disuarakan oleh bapanya, Abdullah Idris, 50, yang merupakan peniaga ayam di pasar tersebut sejak 30 tahun lalu.

NURUL Jannah Abdullah bersalaman dengan seorang peniaga sayur sambil diperhatikan oleh suaminya, Erryzuan Topah di majlis perkahwinannya yang diadakan di Pasar Awam, Larkin Sentral, Johor Bahru, semalam.

“Pada mulanya kami agak terkejut apabila bapa menyuarakan hasrat untuk mengadakan majlis persandingan di pasar.

“Tetapi apabila kami fikirkan, ia agak menarik kerana rasanya tidak pernah majlis persandingan diadakan di pasar dan mungkin kami pasangan yang pertama melakukannya,” katanya.

Erryzuan dan Nurul Jannah mengikat tali pertunangan pada Disember lalu setelah mengenali hati budi masing-masing selama beberapa tahun.

Sementara itu, Abdullah berkata, anaknya itu diijabkabulkan di rumahnya di Taman Skudai Kanan di sini pukul 9 pagi sebelum majlis persandingan diadakan di pasar berkenaan.

Katanya, kira-kira 1,500 tetamu datang ke majlis persandingan anak keduanya itu termasuk para peniaga di pasar tersebut.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close