Keputusan Terkini Malaysia vs Jepun 22 Feb 2012

Sudah terkeluar daripada pusingan akhir Kelayakan Olimpik bukan alasan buat skuad Ong Kim Swee untuk terus mengibar bendera putih apabila melayani cabaran Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Di atas kertas, diakui skuad Bawah 23 negara sukar menandingi kehebatan daripada segenap aspek skuad Samurai Biru jika perlawanan pertama di Stadium Tosu, Fukuoka dijadikan sandaran, apabila Malaysia tewas 0-2.

Gambar dari Info & Ranking Bola Sepak Malaysia

Gambar dari Info & Ranking Bola Sepak Malaysia

Lantaran itu tidak ramai yang berani meramalkan peluang skuad negara untuk mendapatkan sesuatu dalam perlawanan hari ini.

Namun nada Kim Swee pada sidang media pra perlawanan semalam masih kekal positif.

Dia tetap berkeinginan menagih sekurang-kurangnya satu mata atau menyekat Jepun daripada bermaharajalela, menang dengan jaringan besar.

Pengendali skuad negara itu yakin mereka mampu beraksi cemerlang di hadapan penyokong sendiri, apatah lagi tekanan kini memihak kepada pasukan pelawat.

Saksikan perlawanan Malaysia vs Jepun pada malam ini siaran langsung di TV1 bermula 8:45 malam.

Klik salah satu link di bawah untuk menonton perlawanan ini secara live streaming-

LINK 1

LINK 2

LINK 3

LINK 4

LINK 5

Untuk mengikuti live update di blog ini, sila refresh page ini beberapa kali untuk melihat keputusan terkini.

Malaysia 0 – 4 Jepun

(tamat perlawanan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close