Badrul Amin (PKR) Ditangkap Khalwat Bersama Isteri Orang

Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di Balok di sini awal pagi tadi.

Beliau ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita tersebut. Wanita itu bekerja sebagai juruteknik di sebuah institut kemahiran di negeri ini.

Suami kepada wanita itu kemudiannya menghubungi penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang datang ke bilik hotel itu kira-kira pukul 3 pagi.

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz yang mengesahkan penangkapan itu berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut kesalahan khalwat.

Susulan itu, kata Mohd. Ghazali yang dihubungi Mingguan Malaysia, satu laporan polis yang merupakan prosedur biasa dibuat berhubung kes tersebut.

Pemimpin terbabit bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyertai Himpunan Hijau 2.0 yang turut disertai penentang pembinaan kilang Lynas di Padang Majlis Perbandaran Kuantan di sini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close