Amalia Lacroze de Fortabat Wanita Terkaya Argentina Meninggal

Seorang daripada wanita terkaya Argentina, Amalia Lacroze de Fortabat meninggal dunia pada usia 90 tahun di rumahnya semalam, kata ahli keluarga mendiang.

Fortabat menjalankan perniagaan sebagai pembuat simen terbesar di negara ini sebelum menghabiskan masa hidupnya dalam bidang seni dan membantu orang miskin.

Mendiang turut digelar sebagai ‘wanita simen’ dengan mengusahakan kilang simen dan konkrit, Loma Negra selama hampir 25 tahun selepas menggantikan tempat suaminya yang meninggal dunia.

Beliau kemudiannya menjual kilang itu kepada syarikat Brazil, Camargo Correa pada 2005 dengan harga kira-kira AS$1 bilion (RM3 bilion).

– REUTERS

Facebook Comments

Comments are closed.

Close