Wanita Hampir Maut Ditikam Kekasih

Perasaan cemburu dan tidak puas hati yang meluap-luap terhadap kekasihnya yang mahu memutuskan hubungan mendorong seorang duda anak satu bertindak menikam perut wanita itu sebelum dia ditahan setengah jam selepas melakukan perbuatan itu kelmarin.

Kejadian pukul 10 malam di belakang sebuah restoran makanan segera di Lebuh Ayer Keroh di sini itu menyebabkan pekerja premis berkenaan, Norliza Alismadi, 22, nyaris kehilangan nyawa sebelum diselamatkan oleh rakan sekerjanya yang bergegas membawanya ke Hospital Melaka di sini.

Suspek yang menikam teman wanitanya menggunakan pisau pemotong sayur (gambar kecil).

Suspek yang menikam teman wanitanya menggunakan pisau pemotong sayur (gambar kecil).

Difahamkan, Norliza ingin memutuskan hubungan yang terjalin sejak lapan bulan lalu selepas tidak tahan dengan sikap suspek yang tidak bekerja selain mangsa dipaksa membayar ansuran bulanan sebanyak RM420 ke atas kereta suspek jenis Perodua Viva.

Sebelum menikam mangsa, suspek yang naik hantu sempat memarahi kekasihnya itu dengan mengatakan orang lain tidak akan dapat memiliki mangsa jika cintanya ditolak.

Mengimbau semula kejadian itu, Norliza memberitahu, sebelum kejadian, dia dan suspek bertemu di belakang tempat kerjanya untuk memulangkan motosikal jenis Yamaha milik lelaki itu selain bertanya mengenai telefon bimbitnya yang diambil duda berkenaan.

Katanya, tanpa diduga, suspek terus bertanya sama ada dia mahu lagi meneruskan hubungan atau memutuskannya.

“Sebaik saya jawab hendak putus dan sempat menasihatinya supaya mencari wanita lain, dia terus memarahi saya dan mengeluarkan sebilah pisau dari dalam bajunya lalu menikam perut saya.

“Suspek cuba pula mengelar leher saya namun dapat dielak. Dia yang tidak berpuas hati kemudian menendang dan menikam perut saya sekali lagi menyebabkan saya terduduk sebelum dia melarikan diri dengan menunggang motosikal yang saya bawa itu,” katanya ketika ditemui.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close