Twitter Siti Nurhaliza Nafikan Tentang Dirinya Hamil

Dato’ Siti Nurhaliza mengandung? Kalau tak silap awal tahun lepas sudah timbul sekali desas-desus Siti mengandung. Namun Siti telah menafikannya dengan berseloroh mengatakan dia mengandungkan lemak.

Kelmarin, sekali lagi Belalang terperasan yang timbul lagi dakwaan Siti mengandung. Blog ini tak laporkan mengenai hal tersebut. Lagi pun Belalang tak pasti kesahihan berita tersebut.

Jadi sebagai spy, sekali lagi Belalang cuba mencari sumber samada benar atau tidak juri Maharaja Lawak Mega Siti Nurhaliza mengandung atau hanya khabar angin seperti kes sudah-sudah.

Cuba lihat print screen jawapan Siti kepada peminatnya dalam akaun Twitter miliknya ketika diaju mengenai perkara tersebut. Soalan dan jawapan telah Belalang tandakan dengan kotak bewarna merah-

Ternyata sekali lagi berita berkenaan tidak benar. Sabar ya Dato’ Siti. Belum ada rezekinya. Kepada peminat-peminat pula, seperti kata Siti, berdoalah semoga dia dan Dato’ Khalid murah rezekinya untuk memiliki cahaya mata.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close