Tun Mahathir Terima Darjah Kehormat Dari Universiti Thailand

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dianugerah ijazah kehormat kedoktoran dalam bidang Sains Politik oleh Universiti Naresuan di sini esok.

Anugerah diberikan kerana usaha berterusan dan sumbangan besar beliau kepada rakyat Malaysia dan negara-negara ASEAN.

Presiden universiti itu, Prof Dr. Suhjin Jinahyon akan menyampaikan ijazah tersebut kepada Dr. Mahathir di dalam satu majlis di sebuah hotel di sini.

Pihak universiti turut memuatkan iklan separuh muka di dalam sebuah akhbar utama berbahasa Inggeris, mengucapkan tahniah kepada Dr. Mahathir di atas penganugerahan itu.

Universiti Naresuan yang dinamakan sempena nama Raja Naresuan dibangunkan dari sebuah Kolej Pendidikan pada 1967 dan kemudiannya ditubuhkan sebagai Kampus Phitsanulok, Universiti Srinakharinwirot pada 1974 sebelum secara rasmi diberi status universiti pada 29 Julai 1990.

— BERNAMA

Facebook Comments

Comments are closed.

Close