Terkejut Temui al-Quran Di Tempat Pembuangan Sampah

Seorang penduduk terkejut apabila menemui longgokan al-Quran dan kitab di dalam sebuah guni besar di tempat pembuangan sampah sebuah premis Perindustrian Ringan Jerantut, semalam.

Penduduk tersebut, Rozaini Baharuddin, 42, berkata, ketika berjoging dan melalui hadapan premis berkenaan pukul 6 petang itu, dia ternampak naskhah bertulisan jawi terbiar dalam guni berkenaan.

Inilah sebahagian naskhah al-Quran yang dibuang di Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut, Pahang semalam.

Inilah sebahagian naskhah al-Quran yang dibuang di Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut, Pahang semalam.

“Saya berhenti dan menuju ke arah longgokan sampah berkenaan untuk mengetahui isi di dalam guni ini dengan lebih dekat.

“Saya terkejut apabila mendapati 15 naskhah al-Quran, surah Yasin, kitab ilmu tauhid dan fekah yang mengandungi ayat suci al-Quran bercampur buku rampaian sekolah, kertas dan fail,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Rozaini, oleh kerana bilangan naskhah al-Quran dan kitab banyak ditemui itu, dia menghubungi seorang rakan yang bertugas di pejabat agama di sini untuk memaklumkan perkara itu.

“Rakan saya bergegas datang lalu memeriksa dan membawa balik semua naskhah al-Quran dan kitab berkenaan untuk membuat siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, perbuatan tersebut merupakan satu penghinaan terhadap agama Islam, malah maruah umat Islam sendiri.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close