Raja Lawak 6 Minggu 2

Minggu ini kesemua peserta masih diberi kesempatan untuk mempersembahkan lawak mereka kepada penonton apabila juri sepakat untuk tidak menyingkir mana-mana peserta pada minggu pertama.

Seperti musim-musim yang lepas, masih terlalu awal untuk melihat kebolehan sebenar setiap peserta kerana masih belum biasa dengan pentas sebesar ini.

Belalang akan update video persembahan setiap peserta dan juga keputusan siapa tersingkir selepas tamat RL6 pada malam ini.

Update:

Minggu kedua Raja Lawak 6 (RL6) menyaksikan masih lagi tiada penyingkiran dilakukan kerana barisan juri bersepakat untuk sekali lagi memberi peluang kepada barisan peserta RL6.

Pengumuman tersebut dibuat oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 6, Sheila Rusly, pada minggu kedua Gelanggang Raja Lawak 6 yang disiarkan secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil,

Tiga peserta yang terselamat meskipun menduduki tangga terbawah pada minggu ini ialah kumpulan Ketupat, kumpulan Albob dan kumpulan RIki. Pihak juri bagaimanapun turut mengumumkan yang penyingkiran pasti akan berlaku pada minggu hadapan.

Tugasan untuk minggu kedua ini bertemakan hutang dan kesemua peserta tampil dengan pelbagai idea yang berbeza-beza. Namun impak yang diharapkan masih belum sampai walaupun ada peningkatan malah terdapat satu dua peserta yang menyerlah berbanding yang lain.

Antara yang mendapat perhatian ialah Kodan dan Shiro yang tampil dengan persembahan unik serta mendapat tepukan gemuruh penonton.

Raja Lawak 6 terus dihoskan oleh pasangan Jozan manakala juri tetap untuk musim ini ialah Sheila Rusly, David Teo dan Sathiya.

Lagi video akan diupload kemudian

Facebook Comments

Comments are closed.

Close