Raja Lawak 6 Minggu 1

Gelanggang Raja Lawak musim 6 (RL6) bermula secara rasmi pada malam ini menerusi saluran Astro Warna, 132, pukul 10 malam.

Menampilkan 12 peserta termasuk seorang peserta solo yang akan merebut gelaran juara RL6.

Kelainan yang ditampilkan oleh RL6 ini ialah dengan adanya Chif Besar (Ahmad Idham) dan Chif Kecik (Yus, Angah & Tauke) sebagai pembimbing kepada peserta-peserta RL6.

Sekiranya anda tidak dapat mengkuti rancangan ini, jangan bimbang kerana blog ini akan update keputusan pada malam ini dan juga untuk minggu-minggu akan datang. Kemungkinan juga video-video persembahan peserta akan dikongsikan di sini sekiranya Belalang memjumpainya.

Update-

Diminggu pertama, sesuatu yang biasa  dimana para peserta masih belum dapat membuat persembahan terbaik mereka. Mungkin kerana masih belum serasi dengan gelanggang sebesar itu.

Juri tetap untuk RL6 ialah David Teo, Sheila Rusli dan Satiya.

Tiga peserta yang dipanggil naik ke pentas ketika undian ditutup ialah, kumpulan Zero, King & Skema.

Walau bagaimanapun juri sepakat untuk tidak menyingkirkan sesiapa pada minggu pertama ini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close