Pilih Kasih 3 | Miza Azura | Cara Mengundi Peserta Pilih kasih

Rancangan Pilih Kasih 3 (PK3) telah pun bermula secara rasmi semalam apabila 16 finalis PK3 telah pun diperkenalkan. Tiba-tiba pula Belalang bercerita pasal PK3. Apa kaitan rancangan tu dengan Belalang?

Sebenarnya rancangan PK sebelum-sebelum ini memang tiada kena mengena dengan Belalang. Tapi untuk PK musim ini ada kaitan sedikit. Sebabnya salah seorang finalis 16 yang terpilih itu, salah seorang adalah sepupu Belalang Miza Azura.

Miza sebelum-sebelum ini memang aktif dalam bidang lakonan dan Model. Malah Miza pernah menjadi juara cover girl untuk majalah Cosmopolitan 2011.

kalau nak bercerita pasal Miza, rasanya kena buat entry bersambung-sambung sebab terlampau banyak. Namun yang pasti pertemuan pertama Belalang dan Mrs.Belalang adalah disebabkan Miza… Ops, itu pun kena buat entry lain. Hahaha…

Kepada Miza, buat yang terbaik dan semoga berjaya melangkah sejauh yang mungkin. Kepada kawan-kawan Belalang, sudi-sudilah untuk undi Miza Azura. Undi anda membantu Miza merealisasikan impiannya menjadi kenyataan ­čÖé

Cara Untuk Undi Taip-
PKUNDI MIZA
hantar ke 33199

Anda juga dijemput baca info mengenai Miza di blog kakaknya Belinda Azmi atau di blog Mak Dara dan Elyssa.

Terima kasih kerana membaca…

** Entry ini dicopy 100% dari blog personal Belalang iaitu Encik Bell tanpa sebarang edit. Sekiranya berminat untuk membaca penulisan di blog tersebut, sila klik sini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close