Penganggur Dituduh Bunuh Teman Wanita

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh membunuh teman wanitanya di kediamannya di Panorama Lapangan Perdana pada 31 Dis lepas.

S.Manoharan, 50, dituduh membunuh Indeer Kaur a/p Jeswant Singh, 23, di rumah No 22, Lapangan Perdana 26, Panorama Lapangan Perdana, Ipoh, antara pukul 7 pagi dan 8 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Manoharan dan tertuduh tidak diwakili peguam semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Nasruddin Mohamed.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close