Lintas Langsung Keadaan Semasa Keputusan & Himpunan 901 Bebas Anwar

Kuala Lumpur – Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.

Waktu ini jumlah penyokong Anwar Ibrahim dilaporkan mencecah sekitar 2000 orang yang mana dengan pelbagai gaya dan ragam dalam menyuarakan sokongan buat pemimpin PKR itu.

Keadaan disekitar perkarangan mahkamah dan lokasi dimana perhimpunan dibenarkan juga dalam keadaan terkawal yang mana pihak Polis yang sejak awal malam tadi telah berkawal dalam memastikan tiada unsur unsur tidak sihat yang boleh mensabotaj perhimpunan aman yang dibenarkan pihak Polis.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.

Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai situasi yang berlaku, sila klik mana-mana link di bawah-

LINK 1

LINK 2

Blog ini juga akan perkongsi apa-apa perkembangan terkini yang berlaku di sana.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close