Keputusan Terkini Liga Super 28 Januari 2012

PERTEMUAN Kedah dengan Johor FC di Stadium Darulaman, Alor Setar malam ini ibarat hidup dan mati berikutan himpitan tekanan skuad Kenari yang masih gagal mencapai sebarang kemenangan selepas mengharungi empat perlawanan Liga Super musim ini.

Perlawanan itu juga pasti menjadi tumpuan penyokong dan pemain selain pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang sudah pastinya mengharapkan tuah berpihak kepada mereka.

Biarpun KFA meminta penyokong tidak gusar, sebaliknya memberi peluang kepada skuad Kenari meningkatkan aksi mereka, namun realiti yang mungkin tidak boleh dielakkan ialah tekanan akan terus memuncak jika kemenangan malam ini berpihak kepada lawan.

Pertemuan dua pasukan yang boleh dianggap ‘final’ itu bakal menjadi penentu bagi meredakan sedikit tekanan yang ditanggung Kedah atau sebaliknya.

Lain-lain perlawanan yang akan berlangsung pada malam ini adalah-

Tv1 akan membawakan siaran langsung perlawanan diantara Kedah menentang Johor FC. Manakala Astro 801 pula bakal menyiarkan perlawanan diantara Lions XII menentang Terengganu.

Klik link di bawah untuk menonton perlawanan antara Kedah menentang Johor secara streaming-

LINK 1

Keputusan live update di bawah ini. Refresh seberapa kerap untuk melihat keputusan terkini.

Felda United 1 – 2 Perak

(tamat perlawanan)

Lions XII 0 – 1 Terengganu

(tamat perlawanan)

Sarawak 2 – 2 N.Sembilan

(tamat perlawanan)

T-Team 1 – 2 Selangor

(tamat perlawanan)

Kelantan 3 – 0 K.Lumpur

(tamat perlawanan)

Kedah 1 – 3 Johor FC

(tamat perlawanan)

Facebook Comments

Comments are closed.

Close