Keputusan Terkini Kelantan vs Negeri sembilan 7 Januari 2012

KELANTAN memiliki barisan pemain terbaik untuk menjulang Piala Sumbangsih musim ini.

Negeri Sembilan pula memiliki jurulatih terhebat untuk melunturkan hajat Kelantan bergelar juara buat kali kedua berturut-turut.

Mohd. Azraai Khor Abdullah dianggap antara jurulatih tempatan terbaik kerana memiliki sentuhan luar biasa untuk membawa Negeri Sembilan ke puncak kegemilangan.

Tidak perlu dipersoalkan lagi kredibiliti Azraai kerana banyak yang telah dibuktikannya sebelum ini.

Selain membawa Negeri Sembilan muncul juara Piala Malaysia 2011, Azraai juga pernah membawa Kedah meraih gelaran treble sebelum ini.

Atas faktor tersebut, maka tidak hairan jika Negeri Sembilan mampu memusnahkan Kelantan pada aksi pembuka tirai Liga Bola Sepak Malaysia (Liga-M) bagi musim 2012 menerusi perlawanan bagi merebut Piala Sumbangsih.

Kelantan selaku juara bertahan Piala Sumbangsih, boleh dilabel pasukan pilihan kerana mereka memiliki barisan pemain terhebat.

Perlawanan pada malam ini akan bermula pukul 8:45 malam. Link untuk live streaming berada di bawah-

Link 1

Untuk melihat keputusan terkini di blog ini, sila refresh page ini 5 minit sekali

Kelantan 1 – 2 N. Sembilan

Norhahrul Idlan Talaha (19′)

Owona (30′), (63′)

(tamat perlawanan)

Facebook Comments

Comments are closed.

Close