Keputusan Kes Liwat II | Anwar Tidak Bersalah & Dibebaskan

Kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejutkan dengan pengumuman bahawa beliau tidak bersalah.

Perbicaraan akhir yang sedang bermula sebelum menanti pengumuman keputusan Kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hampir kesemua Pemimpin Pakatan termasuklah dari PAS telah tiba di perkarangan Mahkamah bagi mendengar keputusan Kes tersebut.

Antara yang dilihat hadir termasuklah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Mohamad, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), YB. Dr. Nasir Hashim.

Ada diantara mereka yang mengepalai penyokong masing-masing dengan memberi laungan Bebas Anwar dan Reformasi.

Menurut sumber, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah diberi kebenaran untuk masuk ke dalam dewan bagi mendengar keputusan Kes Ketua Umum Pakatan tersebut.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close