Highlight Kedah 0 – 3 Kelantan 20 Januari 2012 | Liga Super 2012

Kelantan berjaya menewaskan Kedah di Stadium Darul Aman sebentar tadi dengan 3-0 dalam aksi liga super 2012. Kelantan membuka gol awal mereka menerusi sepakan penalti apabila Norshahrul Idlan Talaha telah dijatuhkan oleh Fauzi Nan dan pemain Import mereka Ghadar tidak menghadapi masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti itu.

Tamat Separuh masa pertama keadaan kekal dengan 1 gol. Masuk babak kedua Kedah menggandakan asakkan ke kubu Kelantan. Beberapa percubaan Kedah juga dilihat hampir menjaringkan gol namun ketangkasan Khairul Fahmi banyak membantu pasukan Kelantan.

Minit 78′ Norshahrul Idlan menjaringkan gol kedua Kelantan apabila pemain pertahan Kedah dilihat leka tidak mengawal langsung pergerakan Norshahrul.

Sebelum tamat perlawanan, pemain gantian iaitu Antwi menjaringkan gol ketiga Kelantan sekaligus menamatkan perlawanan pada malam ini.

Video highlight penuh akan di upload sebentar lagi. Harap bersabar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *