Gambar Majlis Pernikahan Ash & Sherie Merlis

Hari pertama dalam kalendar 2012 menjadi pilihan pelakon Sherie Merlis dan pasangannya yang juga penyanyi kumpulan Gabba Gabba, Ash untuk bergelar suami isteri.

Pasangan berbeza usia hampir 10 tahun itu dinikahkan sendiri oleh bapa pelakon itu, Wan Zainal Abidin Wan Kassim di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota di sini, hari ini.

Dengan mas kahwin RM200 dan dua kali lafaz, Ash atau nama sebenarnya, Tengku Shafiz-Rullah As Syafiee Tengku Mohd. Shahidd, 29, bergelar suami kepada Sherie Merlis atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal, 39.

“Syukur semuanya berjalan lancar. Saya benar-benar lega kerana selepas 17 tahun hidup bersendirian akhirnya hari ini saya kembali menjadi isteri orang,” kata Sherie Merlis ketika ditemui di sini selepas majlis pernikahannya.

Pasangan itu mula berkenalan setelah sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama bersiri pada awal 2011.

Ini adalah perkahwinan kedua buat pasangan ini di mana Sherie Merlis pernah bernikah dengan pelakon Esma Daniel pada awal 1990-an dan dikurniakan dua anak lelaki, Habib Daniel, 19, dan Harris Daniel, 18.

Ash pula pernah bernikah dengan pengacara Dira Abu Zahar dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan, Tengku Anggun Deandra, 4.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak termasuk lebih 20 ahli keluarga pengantin perempuan dari Sarawak.

– Utusan

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • sherie merlis (31)

Comments are closed.

Close