Dua Beradik Maut Dalam Keadaan Mengerikan Dirempuh Treler

Tujuh remaja maut termasuk dua beradik menemui ajal dalam keadaan mengerikan selepas mayat mereka ditemui dalam keadaan beberapa anggota badan hancur apabila kenderaan pelbagai guna (MPV), Honda Stream yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan tong gas di Batu 6, Jalan Lekir-Sitiawan dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 10.30 malam itu menyebabkan Badrul Isa Sulaiman, 19; adiknya, Mohamad Hadi, 17, serta sepupu mereka, Mohamad Shadan Mohd. Arshad, 15, maut. Turut maut ialah tiga rakan sekampung mereka, Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd. Termizi, 15, dan Muhamad Shafik Redzuan Yusuf, 16.

HANCUR...kenderaan MPV yang dinaiki mangsa.

HANCUR...kenderaan MPV yang dinaiki mangsa.

Kesemua mereka mati dengan beberapa anggota badan mereka hancur di tempat kejadian.

Pemandu MPV terbabit, Mohd. Hisam Mat Zaki, 22, yang mengalami kecederaan parah di kepala pula meninggal dunia pada pukul 8.35 pagi semalam di Unit Rawatan Rapi, Hospital Seri Manjung dekat sini.

Tiga lagi penumpang Honda Stream itu, Khairul Faiz Mohd. Noor, 17, dan dua rakan perempuan mereka pula cedera ringan.

Pemandu treler membawa muatan tong gas, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, cedera parah di kepala dan sedang dirawat di hospital sama.

Ketua Trafik Daerah Manjung, Asisten Komisioner Ismail Munajat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku setelah Mohd. Hisam cuba memotong sebuah kereta Honda Civic yang berada di hadapannya dari arah kiri.

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close