Chef Wan Tak Jadi Tutup Akaun Facebook

Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan (gambar) membatalkan hasrat untuk menutup akaun Facebook dengan alasan tidak dibenarkan oleh peminat-peminatnya.

Chef Wan menerusi satu entri menerusi Facebook miliknya itu berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak sampai hati untuk menghampakan semua peminatnya selepas mengumumkan untuk berbuat demikian sempena Tahun Baru 2012.

“Saya berkorban untuk semua peminat yang mahu saya terus aktif di sini (Facebook) dan keputusan ini dibuat kerana tidak sampai hati hendak menghampakan mereka dan saya sayangkan semua peminat saya,” ujarnya pada entri tersebut.

Pada Jumaat lalu Chef Wan membuat keputusan untuk menutup akaun Facebook miliknya selepas menjadi juri pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega atas alasan tidak mahu laman sosial itu menjadi medan perbalahan para peminatnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, walaupun banyak pihak cuba menghentamnya menerusi komen-komen di laman sosial miliknya itu, dia mengambil jalan untuk tidak lagi melayan golongan tersebut sebaliknya ingin menumpukan perkatian kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong.

Ujarnya, segala komen negatif mengenai dirinya di Facebook akan diambil secara positif selain tidak cuba terlalu memikirkan tentangnya.

“Apabila difikirkan kembali saya tidak perlu melayan golongan yang cuba memburuk-burukkan saya di Facebook kerana apa yang penting masih ramai peminat yang sentiasa berdiri di belakang saya,” ujarnya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close