Bekas Menteri Disiasat Dakwaan Transaksi RM300,000

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat penglibatan seorang bekas menteri berhubung dakwaan berlaku transaksi wang RM300,000 dalam akaunnya untuk pembelian sebuah kereta mewah tahun lalu.

Transaksi tersebut dipercayai dilakukan oleh seorang kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan pada April tahun lalu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi akhbar Utusan Malaysia hari ini mengesahkan bekas menteri tersebut dipanggil untuk memberi keterangan di ibu pejabat suruhanjaya itu petang semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan kes ini masih di peringkat awal.

Bekas menteri itu dilaporkan berada beberapa jam di pejabat SPRM untuk diambil keterangan.

Kes ini dijangka menjadi tumpuan SPRM kerana dianggap berprofil tinggi yang dikatakan mula terdedah akhir tahun lalu. Pendedahan itu pada awalnya dibuat oleh sebuah blog.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close