25 kedai Terbakar Di Butterwoth

Sebuah tangki simpanan petroleum nyaris meletup ketika 25 rumah kedai papan hangus dalam satu kebakaran, berdekatan kompleks Penang Sentral, di sini, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Bagaimanapun, tindakan pantas kakitangan syarikat petroleum terbabit yang menyejukkan tangki dengan menyembur penyejuk berjaya mengurangkan risiko kejadian menjadi lebih buruk.

Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat, berkata tangki berkenaan hanya kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

“Lima dari balai Prai, Butterworth dan Perda dikejarkan ke tempat kejadian. Jentera pertama tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11.41 malam. Anggota bomba berjaya mengawal keadaan 25 minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan manakala mangsa juga masih belum dapat dipastikan.

Difahamkan, rumah kedai berkenaan berpenghuni tetapi sehingga ini tidak dapat dipastikan sama isi rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran besar berkenaan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close