Senarai 12 Lagu & Artis Finalis AJL26 | Finalis AJL 2011

Dengan berakhirnya bahagian ketiga separuh akhir Muzik Muzik 26 (MM26), teki-teki mengenai siapa 12 finalis yang akan bertanding di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) pada 29 Januari tahun depan, terjawab.

12 finalis yang akan meneruskan kemaraan ialah Yuna menerusi lagu Gadis Semasa dan Penakut, Alyah (Kisah Hati), Hafiz (Awan Nano), 3 Suara (Beribu Sesalan) dan Atilia & Monoloque (Kekanda Adinda).

Antara artis yang layak ke akhir semasa berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 2011 Pusingan Separuh Akhir di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, semalam.

Turut ke final AJL26, Najwa Latif (Cinta Muka Buku), Aizat (Sungai Lui), Projek Pistol (Wanita Seluruh Dunia), Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet (Kalau Berpacaran), Jaclyn Victor (Sedetik Lebih) dan Faizal Tahir (Karma).

Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar memberitahu persaingan untuk merebut AJL26 lebih sengit.

“Semua telah memberikan persembahan yang mantap sepanjang tiga bahagian separuh akhir MM26 ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semua 12 finalis itu dipilih melalui pemarkahan oleh juri profesional yang terdiri daripada Profesor Madya Dr. Lim Swee Tim, Azlan Abu Hassan, Yassin dan Hazami, dengan Azhar Borhan bertindak selaku ketua juri.

Sebanyak 30 buah lagu dipertandingkan dalam separuh akhir MM26 menerusi tiga bahagian persembahan yang berlangsung sejak pertengahan bulan lalu di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

– Utusan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close