Peserta Tersingkir Maharaja Lawak Mega Minggu 7

Di minggu ke-7 Maharaja Lawak Mega (MLM), hanya tinggal 7 peserta yang akan meneruskan tahta perebutan sebagai pelawak terbaik di rantau ini.

Emosi para peserta dilihat semakin goyah apabila ada diantara mereka yang dikatakan telah mula hilang pertimbangan hingga ada yang mula protes di belakang pentas berikutan komen juri yang pedas.

Namun begitu diharap peserta MLM yang tinggal ini mampu menunjukkan peningkatan pada persembahan mereka pada minggu ini.

Undian SMS terkini menunjukkan pasangan pelawak otai iaitu OSBON berada di atas sekali diikuti BOBOI dan SAEHU. Manakala kedudukan terbawah sekali pula sedang dihuni oleh Adlin.

Jangan lupa untuk kembali lagi ke blog ini untuk melihat keputusan siapa tersingkir di minggu ke-7 ini. Belalang juga akan memuat naik video-video persembahan peserta MLM pada minggu ini.

Update:

Minggu ini peserta diberikan dua tema yang perlu mereka jayakan. Tema pusingan pertama tiru gaya artis manakala tema kedua pula adalah silence comedy.

Peserta yang mendapat undian terendah ialah kumpulan Syok, Pimai & BP. Mujur minggu ini tiada pengyingkiran dilakukan.

video-video persembahan peserta MLM akan diupload sebentar lagi-

Facebook Comments

Comments are closed.

Close