Peserta Otai MLM Mengamuk Belakang Pentas?

Semakin panas nampaknya gelangan Maharaja Lawak Mega (MLM) yang akan memasuki minggu ketujuh. Sukar untuk meramal siapakah yang akan mendapat tahta pelawak terbaik kerana persembahan para peserta dilihat turun naik. Malah kedudukan carta undian jugga dilihat silih berganti peserta yang berada dikedudukan terbaik dan juga paling bawah.

Belalang terbaca di murai online yang ada seorang pelawak otai pengamuk di belakang pentas setelah selesai melakukan persembahan pada minggu ke-6. Mungkin marah dengan komen pedas dari juri?

Atau mungkin juga pelawak tersebut sememangnya mempunyai masalah sebelum gelanggan minggu ke-6 bermula?

Di bawah adalah keratan mengenai perkara ini-

Sekalipun seseorang itu sudah pun berada di tangga yang teratas, itu bukan bermakna apa yang dilakukannya senantiasa diterima individu lain. Bahkan, inilah perjalanan hidup manusia yang sememangnya dicipta dengan ada kelemahan. Tiada manusia yang dijadikan sempurna.

Murai Batu amat terkesima apabila mendapat tahu, salah seorang peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) telah memilih untuk tidak profesional sebaik saja persembahan mereka dikritik hebat dari juri tetap. Juri yang mana, tak perlulah Murai Batu memberitahu.

Dikhabarkan, pelawak senior yang telah menganggotai sebuah kumpulan yang setiap minggu menampilkan persembahan hebat sudah buat muka masam dan mengamuk dibelakang pentas. Hi! Kenapa macam begitu sekali?

Murai Batu mendapat tahu, kejadian ini terjadi pada minggu keenam MLM berlangsung yang mengakibatkan 3G dan Bawel tersingkir.

Walaupun lawak mereka pada minggu itu masih lagi ada yang tertawa, namun juri beranggap prestasi kumpulan itu terlalu merosot dan tidak seperti minggu sebelum ini. Atas alasan itu, peserta berkenaan terus meluru masuk ke biliknya sehingga tidak mahu ditegur oleh sesiapa.

Pelik sungguh Murai Batu mendengar cerita ini. Sepatutnya, pelawak ini tidak bolehlah berkelakuan sebegitu kerana dirinya memang terpahat di hati peminat industri hiburan sebagai seorang yang berkaliber dan sangat profesional.

Apapun, mungkin juga ada sebab lain pelawak ini bersikap sebegitu. Siapa tahu, dia mempunyai masalah lain yang tidak diketahui sesiapa pun sehingga menyebabkan dia tidak boleh bersikap profesional.

Andaikata dia bersikap tidak boleh menerima keputusan itu, pelawak berkenaan sepatutnya bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk terus beraksi pada minggu seterusnya.

Mengikut penelitian Murai Batu, mana-mana juara pertandingan realiti TV pasti mengalami situasi berada di kedudukan terbawah supaya dapat mengukur kelemahannya.

Mungkin jua ini petanda anda sebenarnya calon yang paling layak menjadi juara MLM.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • murai com my maharaja lawak mega (21)

Comments are closed.

Close