Parah Ditikam Peragut

Niat murni dua beradik menahan seorang lelaki dipercayai peragut membawa padah apabila seorang daripada mereka parah ditikam suspek yang bersenjatakan pisau selepas bergelut dalam kejadian di Kampung Wira Jaya, Wangsa Maju, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun dan adiknya berusia 26 tahun dilaporkan berniaga di kedai mereka di kawasan berkenaan.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Menurut sumber, mereka terkejut apabila mendengar jeritan kuat orang meminta tolong berhampiran kedainya.

“Dua beradik itu bergegas keluar sebelum melihat seorang lelaki memakai topi keledar berlari ke arah mereka dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik suspek melintas hadapan mereka, dua beradik terbabit memeluk untuk menahannya,” katanya.

Sumber berkata, belum sempat si adik memberikan bantuan kepada abangnya yang bergelut dengan penjenayah itu, suspek mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam mangsa.

“Akibat tikaman itu, mangsa rebah manakala suspek melarikan diri meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.

Katanya, si adik kemudian bergegas membawa abangnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), untuk rawatan.

Selepas abangnya dirawat, mangsa membuat laporan di pondok polis hospital berkenaan sebelum kes dirujukkan ke Balai Polis Wangsa Maju, di sini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close