Padah Pelajar SPM Tunggang Motor Curi

Taktik seorang calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendakwa meminjam motosikal rakannya tidak menjadi apabila dia dicekup dalam operasi bersepadu di persimpangan Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah, di sini, malam kelmarin kerana memiliki motosikal curi.

Difahamkan, pelajar lelaki berusia 17 tahun itu dipercayai baru mencuri motosikal Honda di Jalan Stadium, di sini, jam 9 malam sebelum ditahan polis dua jam selepas itu.

Gambar hiasan. Carian Google

Gambar hiasan. Carian Google

Ketua Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata pelajar itu memberi alasan meminjam motosikal kawannya dan mahu pulang ke rumahnya di Kuala Kedah, di sini.

“Pelajar itu teragak-agak dan gagal memberitahu nama kawannya yang memberikan dia pinjam motosikal itu. Apabila disoal berkali-kali, barulah dia beritahu baru lepas mencuri motosikal itu di Jalan Stadium jam 9 malam.

“Dia beri alasan pinjam motosikal kawan dan nak balik rumah di Kuala Kedah dan apabila ditanya siapa nama kawannya itu, dia tidak dapat menjawab.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan siasatan lanjut masih dilakukan,” katanya selepas mengetuai operasi itu di sini, malam kelmarin.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close