Lambang Salib Pada Produk Lampin

Pengguna diingatkan supaya berhati-hati apabila membeli lampin pakai buang kerana terdapat tanda salib diletakkan di bungkusan produk berkenaan.

Pengguna, Mohd Zamri Md Desa, 31, berkata, seorang rakannya mengadu hal itu dan juga mengenai papan putih yang merupakan hadiah percuma apabila rakannya membeli lampin pakai buang jenama terkemuka.

Menurutnya, di belakang papan putih berkenaan tertera gamabr berbentuk termasuk salib.

“Sepatutnya pihak pengeluar yang terlibat menghormati penganut agama Islam dengan menjaga sensitiviti agama masing-masing.

“Saya pelik mengapa tanda salib turut diletakkan sedangkan pengeluar masih boleh meletakkan gambar bentuk lain jika bertujuan untuk pembelajaran kanak-kanak,” katanya.

Bagi seorang pengguna, Zamimi Zainal, 30, tindakan berkenaan seolah-olah tidak menghormati agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.

Jelasnya, pihak berkenaan perlu bertindak untuk menyiasat perkara itu dan menghalangnya dari terus disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Tindakan tegas perlu dikenakan ke atas mereka kerana tidak menghormati agama rasmi di negara.

“Tidak mustahil penjualan lampin pakai buang ini akan diperluaskan di seluruh negara jika pihak berkuasa tidak menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengekang tindakan itu,” katanya.

– Sinar

Facebook Comments

Comments are closed.

Close