ND Lala Disamun Sekumpulan Mat Rempit

Seorang penyanyi lelaki popular sekitar 80-an kerugian kira-kira RM2,000 selepas disamun di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang di sini awal pagi semalam.

Penyanyi itu dilaporkan disamun oleh sekumpulan antara 10 dan 15 penunggang motosikal dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi.

ROSAK...ND Lala menunjukkan cermin keretanya yang dipecahkan kumpulan Mat Rempit, semalam

ROSAK...ND Lala menunjukkan cermin keretanya yang dipecahkan kumpulan Mat Rempit, semalam

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa yang berusia sekitar 50-an didatangi kumpulan tersebut ketika meletakkan keretanya di stesen minyak itu untuk pergi ke tandas.

“Namun ketika keluar dari keretanya, kumpulan tersebut telah datang mengerumuninya dan ada antara mereka memecahkan cermin di bahagian pemandu kereta itu.

Bulatan menunjukkan lokasi ND Lala disamun di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang semalam

Bulatan menunjukkan lokasi ND Lala disamun di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang semalam

“Seorang dari mereka turut merampas telefon bimbit dan kunci kereta mangsa namun tidak sempat melarikan kereta mangsa apabila sebuah lori memasuki kawasan stesen minyak itu. Terkejut dengan kehadiran lori berkenaan, kesemua suspek terus melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, penyanyi dan pelakon berkenaan yang jugan bapa kepada seorang penyanyi remaja wanita yang sedang meningkat naik, tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Zakaria ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas melawat seorang anggota polis yang dirawat di situ akibat cedera sewaktu mengejar seorang penagih dadah sebelum ini.

Sementara itu, beliau berkata, seorang penagih dadah cedera parah selepas terjun dari tingkat dua sebuah flat di Jinjang Selatan awal pagi tadi ketika mengelak serbuan polis.
Dia kini dirawat di HKL.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close