Kanak-kanak 4 Tahun Maut Dihempap Pokok Kelapa

Seorang kanak-kanak berumur empat tahun maut ditimpa sebatang pokok kelapa yang ditebang jirannya di Kampung Gong Dasar, Jabi, dekat sini petang semalam.

Muhammad Faiz Hakimi Aziz yang cedera parah di kepala dan badan, mati dalam perjalanan ke Hospital Daerah Besut.

Gambar hiasan. Carian Google

Gambar hiasan. Carian Google

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian pada pukul 3.15 petang itu, kanak-kanak itu dikatakan melintas secara tiba-tiba di bawah pokok kelapa yang ketika itu sedang tumbang setelah ditebang.

Penebangan pokok kelapa yang condong ke arah rumah jiran kanak-kanak itu dilakukan oleh jiran mereka dengan bantuan keluarga kanak-kanak itu.

Ibu kanak-kanak itu, Rogayah Mohamad, 41, turut menyaksikan kerja penebangan pokok itu dan Muhammad Faiz Hakimi melintas di bawah pokok berkenaan untuk pergi ke arah ibunya,” kata Kamaruddin kepada pemberita di sini hari ini.

Rogayah, ketika ditemui berkata beliau tidak menyangka anak bongsunya itu akan berlari ke arahnya ketika pokok sedang tumbang.

“Sebaik melihat anak saya ditimpa bahagian tandan dan daun-daun pokok kelapa itu, saya dan keluarga yang lain segera mencarinya di celahan daun kelapa.

“Kami menemuinya terbujur di situ dalam keadaan berlumuran darah,” kata ibu kepada lapan anak itu.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close