Gambar Borang BR1M Palsu & Asli

Cubaan memalsukan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh pihak tidak bertanggungjawab dikenalpasti yang bertujuan mengelirukan pemohon dan mencuri maklumat peribadi mereka.

Bendahari Agung MCA, Datuk Seri Tan Chai Ho berkata, orang ramai perlu berwaspada dan berhati-hati ketika mengisi butir-butir peribadi mereka supaya maklumat mereka tidak mudah diperolehi orang lain.

Borang BR1M Palsu

Borang BR1M Palsu

“Wang bantuan RM 500 yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu isi rumah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM 3,000 atau kurang malangnya, ia disalahgunakan dan mengambil kesempatan daripada orang lain.”

“Borang palsu mengandungi tiga lajur tambahan yang memerlukan pemohon mengisi data bank seperi nombor akaun dan jika pemohon tidak mempunyai akaun bank mereka perlu mengisi dalam kaedah pembayaran kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pejabat pos, sedangkan borang sebenar tidak mengandungi sebarang lajur,” katanya.

Borang BR1M Asli

Borang BR1M Asli

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurut beliau, borang sebenar juga boleh didapati di pusat-pusat perkhidmatan MCA dan mereka yang layak untuk bantuan wang tunai RM 500 ini boleh jugamendapatkan maklumat lanjut dari pusat-pusat perkhidmatan bahagian MCA.

Sumber

Facebook Comments

Comments are closed.

Close