Final Maharaja Lawak Mega | Juara Maharaja Lawak Mega

Kemuncak kepada persaingan merebut tahta sebagai pelawak terhebat di rantau ini, hampir kepada penghujungnya. Boboi, Osbon, Saehu dan Syok antara finalis yang akan berentap pada malam ini untuk merebut tahta tersebut.

Selain itu, juara MLM juga akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000 serta trofi MLM.

Jika diambil kira pada persembahan setiap minggu, pendapat Belalang Osbon dan Boboi mampu dinobatkan sebagai juara. Mereka sentiasa tampil dengan idea-idea yang tak kering gusi.

Namun perlu diingat bahawa juara MLM bukan sahaja dipilih oleh penonton, malah juri-juri tetap yang dipilih juga mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang bakal menjadi juara memadangkan mereka mempunyai 70% kuasa undian.

Belalang akan update keputusan dan video-video persembahan peserta di pentas final ini sebaik sahaja keputusan dan video riperolehi.

Update:-

seperti yang dijangka oleh Belalang, Osbon telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2011. Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM350 ribu serta trofi. Manakala Boboi pula mendapat tempat kedua, tempat ketiga milik Saehu dan tempat ke-4 menjadi milik kumpulan Syok.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close