Datuk Arifin Jaka Meninggal Dunia

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Arifin Jaka meninggal dunia hari ini dipercayai akibat komplikasi menghidap kencing manis.

Arifin, 78, meninggal dunia kira-kira 6.05 pagi di Hospital Serdang, dekat sini, demikian menurut Bahagian Komunikasi Korporat Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Arifin meninggalkan isteri Datin Siti Maznah Ahmad, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Antara kes yang didengar dan diputuskan oleh Allahyarham ketika menjawat jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ialah kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 8 Ogos 2000, Arifin menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu keluarganya, di apartmen adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja diTivoli Villa, Bangsar, pada 7.45 petang antara Januari dan Mac 1993.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close