‘Buku Mengenal Diri’ Difatwa Haram | Bimbang Keliru Umat Islam

Penduduk negara ini dilarang mengamalkan fahaman terkandung di dalam buku bertajuk ‘Mengenal Diri Ilmu Peninggalan Tok Kenali Kelantan’ berikutan buku berkenaan mengelirukan kerana menyamakan Allah dengan makhluk lain, malah ada hadis yang digunakan tidak diiktiraf.

Buku setebal 572 muka surat itu menceritakan kisah seseorang individu untuk mengenal dirinya sendiri serta Allah sebagai pencipta alam ini.

Mengenal Diri Ilmu Peninggalan Tok Kenali Kelantan - Carian Google

Mengenal Diri Ilmu Peninggalan Tok Kenali Kelantan - Carian Google

Buku ditulis Mohd Yusof Che Wook itu dipercayai mula dicetak untuk jualan Februari lalu, dan penulisnya itu mendakwa dirinya sebagai anak murid ulama terkenal di Kelantan. Sejak dicetak, buku berkenaan tidak dipasarkan di kedai buku, tetapi dijual melalui laman web yang disediakan dan dihantar kepada alamat pembeli.

Hasil siasatan, Jabatan Agama Johor (JAJ) tidak menolak urusan menjual buku itu diuruskan keluarga atau saudara-mara penulis berikutan edarannya tidak meluas.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAJ, Yosree Ikhsan berkata, buku berkenaan sudah difatwakan sebagai haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak Oktober lalu berikutan kandungannya mengelirukan umat Islam.

Berikutan itu, katanya orang ramai yang memiliki buku berkenaan jangan menjadikannya sebagai panduan kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam negara ini.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati banyak kesalahan fakta dan mengelirukan dalam buku itu, malah hadis yang digunakan diragui kesahihannya serta kesalahan penulisan ayat al-Quran.

“Antara perkara meragukan ialah hadis kononnya disabdakan Nabi Muhammad bermaksud ‘Aku melihat Tuhanku pada rupa seorang yang muda belia’ yang boleh mengelirukan fahaman umat Islam.

“Contoh lain ialah menyamakan Allah dengan makhluk atau sesuatu seperti cahaya dan ia jelas mengelirukan umat Islam serta tidak boleh dijadikan panduan,” katanya.

Selain itu Yosree berkata, dua lagi buku iaitu ‘Senarai 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah’ yang diterjemah daripada karya Bahasa Inggeris hasil penulisan Muchael H Heart serta ajaran Ahmad Qadiani yang turut mengandungi fakta tidak sahih serta mengelirukan.

Yosree berkata, kandungan buku berkenaan meletakkan Nabi Muhammad sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah kerana bertanggungjawab mencatat, menulis dan mencipta kitab suci al-Quran.

“Mungkin itu apa yang mereka faham dan ingin sampaikan, tetapi bagi umat Islam ia sesuatu tidak betul serta salah kerana menyamakan pesuruh Allah dengan manusia yang secara jelas jauh bezanya. “Bukan itu saja, buku sama turut menyenaraikan Nabi Isa antara 100 manusia paling berpengaruh kerana bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian di dunia.

“Ajaran Ahmad Qadiani yang diedarkan secara percuma turut diharamkan kerana mendakwa dirinya rasul selepas kewafatan Nabi Muhammad,” katanya.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • makrifat tok kenali sesat (136)
  • ilmu makrifat tok kenali pdf (54)
  • tok kenali pdf (52)
  • makrifat tok kenali (48)
  • kitab tok kenali pdf (16)
  • kitab mengenal diri tok kenali pdf (15)
  • kitab tok kenali diharamkan (15)
  • ilmu makrifat tok kenali sesat (12)
  • kitab tok (1)
  • kitab makrifat tok kenali pdf (1)

Comments are closed.

Close