Banjir Besar Di Kajang Disember 2011

Bandar Kajang lumpuh apabila ditenggelami air melebihi satu meter menyebabkan puluhan kenderaan tenggelam dan premis perniagaan dimasuki air selepas hujan lebat selama dua jam bermula jam 2.30 petang semalam.

Selain beberapa jalan utama di pusat bandar, beberapa kawasan penempatan turut ditenggelami air yang dikatakan melanda secara mendadak bermula jam 3.30 petang menyebabkan sembilan penduduk Kampung Jalan Kelapa terpaksa dipindahkan. Antara kawasan lain yang turut terbabit Jalan Bukit, Jalan Reko, Jalan Semenyih, Jalan Kampung Sungai Kantan dan Jalan Sungai Jelok.

TERENDAM...parkir pusat beli-belah dilanda banjir menyebabkan banyak kenderaan tenggelam.

TERENDAM...parkir pusat beli-belah dilanda banjir menyebabkan banyak kenderaan tenggelam.

Berpuluh kenderaan yang diletakkan di ruang meletak kereta di tepi jalan dan di dalam kompleks beli-belah, Metro Kajang dilaporkan tenggelam, malah air turut masuk ke aras bawah kompleks itu menyebabkan peniaga serta orang ramai kelam kabut. Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan kira – kira jam 3.51 petang dan 20 anggota dari Balai Bomba Kajang dan Cheras digerakkan ke lokasi kejadian.

“Lima orang termasuk tiga warga emas yang terperangkap di dalam rumah di Kampung Sungai Kantan berjaya dikeluarkan manakala empat orang lagi termasuk dua wanita diselamatkan di kawasan Kampung Jalan Kelapa.

TOLAK...seorang drebar cuba menyelamatkan teksinya.

TOLAK...seorang drebar cuba menyelamatkan teksinya.

“Usaha menyelamatkan mangsa dilancarkan di tiga kawasan utama yang dinaiki air sehingga ke paras dada iaitu Kampung Sungai Kantan, Kampung Jalan Kelapa dan Pasar Kajang,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, berdasarkan maklumat penduduk Kampung Jalan Kelapa, kejadian banjir semalam terburuk sejak 40 tahun lalu di mana 12 buah rumah di situ tenggelam sepenuhnya.

– Metro

Facebook Comments

Comments are closed.

Close