Aril AF & Izwan Pilus Masuk Wad

Pasangan adik-beradik dan juga penyanyi, Khairil Izwan Pilus, 32, dan Khairil Azam Pilus, 27 (Aril), dimasukkan ke wad As Saadah, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak, di sini, sejak Khamis lalu kerana demam panas berpanjangan.

Izwan yang dihubungi semalam memaklumkan, dia ditahan di wad selepas seminggu menghidap demam panas manakala adiknya Aril turut dimasukkan ke wad sama dua hari kemudian.

Aril AF7 dan Izwan Pilus. Gambar dari rindok.com

Aril AF7 dan Izwan Pilus. Gambar dari rindok.com

Menurutnya, ini kali pertama dia dan adiknya ditahan dalam wad pada masa sama, namun Aril dibenarkan keluar pagi semalam.

“Aril dijangkiti demam panas dan tonsil membengkak secara luar biasa. Bagaimanapun, doktor sudah memberi rawatan segera kepadanya dan tonsil terbabit beransur-ansur surut sebelum dia dibenarkan keluar.

“Begitupun, saya masih di sini kerana doktor belum menemui punca sebenar penyakit saya. Secara amnya, penyakit ini seakan-akan demam panas saja.

“Namun, ia tidak pulih sekalipun saya makan pelbagai ubat yang diberikan doktor sebelum ini,” katanya.

Izwan berkata, penyakit terbabit hanya dirasai pada masa tertentu dan ia membuatkan badannya lemah dan tidak bermaya.

“Sekejap panas dan kemudian kembali surut. Tidak lama kemudian, ia datang lagi dan surut semula,” katanya.

Meskipun doktor belum mengetahui punca sebenar penyakit penyanyi ini, Izwan menolak kemungkinan ia berkaitan perbuatan khianat atau sihir.

“Saya tidak pernah terfikir ke arah itu. Siapalah yang ingin mengkhianati saya dengan cara seperti itu, lebih-lebih lagi saya tidak pernah bermusuh dengan orang lain.

“Mungkin, ia sekadar demam atau virus yang memerlukan kajian lanjut untuk dikenal pasti,” katanya.

– Metro

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • demam berpanjangan (50)

Comments are closed.

Close