Aktres Deepika Padukone Tampar Hos TV

DEEPIKA PADUKONE telah bikin gempar! Aktres jelita itu telah mengejutkan umum apabila dia menampar hos TV, Vivaan pada majlis pelancaran program Zoom di Mumbai, India baru-baru ini.

Namun, Deepika nampaknya ada alasan tersendiri. Kata Deepika: “Sebenarnya ia adalah kehendak skrip. Saya diperlukan untuk menampar Vivaan untuk episod pertama Zoom. Jadi saya pun tampar muka dia.”

DEEPIKA PADUKONE

DEEPIKA PADUKONE

Namun perbuatannya tidak dilihat oleh peminatnya dan masyarakat umum sebagai suatu skrip, justeru keadaan itu memaksa Deepika untuk tampil memberikan penjelasan mengenainya.

Tambahnya kepada lawab web TOI: “Ya, saya faham peminat saya dan masyarakat umum tidak memahami bahawa saya tampar Vivaan itu atas kehendak skrip. Sebab itu saya tampil membuat penjelasan ini supaya tidak timbul masalah di masa depan.”

Facebook Comments

Comments are closed.

Close