Akibat Perselisihan Faham | Pemuda Dihiris Telinga & Dikelar Kaki

Akibat perselisihan faham, seorang pemuda berumur 21 tahun yang bekerja di sebuah pasar raya di sini terpaksa menanggung sengsara apabila telinganya cedera dihiris manakala kaki kanan dikelar dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin.

Semasa kejadian, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada sembilan beradik dikatakan baru sahaja selesai makan tengah hari sebelum menyambung kembali tugasnya.

Sejurus selepas itu, mangsa yang hampir setahun bekerja di pasar raya berkenaan kemudiannya didatangi empat lelaki tidak dikenali dan membawanya menaiki sebuah kereta ke suatu kawasan sebelum dicederakan.

Mangsa yang berasa dari Chetok kemudiannya ditinggalkan di sebuah kawasan di Kampung Kumbang Bembang di sini, kira-kira jam 8.45 malam sebelum ditemui penduduk dan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan.

Akibat kecederaan teruk di telinga dan kaki, mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zanab II, Kota Baru untuk mendapatkan rawatan lanjut

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Assisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga mangsa dan masih meneruskan siasatan berhubung kejadian.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan parah kepada mangsa.

Ketika ditanya dakwaan kes terbabit mempunyai kaitan lelaki berkenaan mempunyai hubungan dengan isteri orang lain, Haliludin enggan mengulas lanjut dan menjelaskan kes tersebut masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close