Adik Khairul Fahmi Che Mat Meninggal

Belalang mendapat satu berita tentang adik penjaga gol utama Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra dengan panggilan Apek yang dikatakan telah meninggal dunia.

Hal ini telah ditulis oleh beberapa rakan Facebook sebelum ianya menular dikalangan blogger-blogger tempatan. Arwah dikatakan meninggal kerana mengalami demam panas berpanjangan dan jangkitan pada paru-paru.

Print screen di Facebook

Print screen di Facebook

Tinjauan Belalang ke beberapa akhbar tempatan, masih belum ada sebarang berita tentang hal ini yang ditulis. Sumber awal hal ini juga tidak dapat Belalang temui.

Update:

Berita dan gambar ini Belalang ambil dari blog beautifulnara. Harap ia dapat menjelaskan kesahihan berita ini-

Jutaan takziah Abang Nara ucapkan kepada Khairul Fahmi dan keluarganya atas pemergian adik yang tercinta, Mohd Amirul Izzat 16 tahun kira-kira jam 11.15 pagi tadi. Punca kematian Allahyarham ialah demam denggi. Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM.Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari. Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab.

Berikut ialah kata-kata Apek:

Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai.

Takziah sekali lagi kepada Apek dan keluarga atas dugaan ini. Al-Fatihah.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close