Youtube Lancar 100 Saluran TV

YouTube mengambil langkah dramatik daripada kewujudan asalnya sebagai laman penjana video pengguna apabila ia melancarkan 100 saluran televisyen baru yang diterbitkan secara profesional dengan mengadakan perkongsian bersama selebriti seperti Madonna dan Ashton Kutcher.

Saluran berkenaan akan mula disiarkan pada musim luruh ini secara percuma, disokong oleh sistem pengiklanan Googles.


Langkah itu dirancang mengubah YouTube yang sudah boleh diperoleh menerusi kebanyakan televisyen internet, menjadi pesaing kepada rangkaian televisyen kabel dan satelit. – AP

Sumber gambar

Facebook Comments

Comments are closed.

Close