Video Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-5

Sepuluh peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) bakal berentap pada minggu ke-5 ini dan kemungkinan seorang lagi peserta bakal meninggalkan gelanggang MLM pada malam ini.

Jika diambil kira persembahan pada minggu ke-4, peningkatan peserta-peserta MLM mempersembahkan aksi lawak mereka ternyata semakin baik seperti Osbon, 3G dan Boboi.

Namun ada juga peserta yang kelihatan seperti tiada idea pada minggu tersebut seperti Adlin. Malah melalui Facebook, Chef Wan meluahkan rasa kekecewaannya terhadap persembahan Adlin yang disifatkan terlalu banyak double meaning.

Jika dilihat pada undian semasa, kumpulan 3G sedang mendahului peserta-peserta lain diikuti oleh Boboi dan Bawel. Sementara tiga terbawah pula adalah Syok, Adlin dan Pimai.

Keputusan penyingkiran serta video persembahan peserta MLM pada malam ini, akan Belalang kongsikan selepas tamat rancangan tersebut.

Update-

Persembahan kesemua peserta MLM pada minggu ke-5 ini agak sederhana dimana ada diantaranya dikritik agak pedas oleh pihak juri.

Tiga peserta yang mendapat undian terendah ialah Adlin, Seahu danHiro. Diantara tiga peserta tersebut, yang meninggalkan pentas pada minggu ke-5 ialah HIRO.

Di bawah adalah video persembahan peserta MLM diminggu ke lima-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close