Video Highlight Malaysia vs Thailand 9 November 2011

Tahniah kepada pasukan Malaysia yang telah berjaya mengalahkan Thailand 2-1 pada perlawanan sukan SEA 2011 yang berlangsung sebentar tadi.

Malaysia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi kapten pasukan iaitu Baddrol Bathiar pada minit ke 24′. Gol tersebut kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Masuk babak kedua, Thailand terus mencari-cari gol penyamaan dan akhirnya pada minit ke 75′ Thailand berjaya juga menyamakan kedudukan.

Gambar dari Kompas

Gambar dari Kompas

Tersentak dengan jaringan tersebut, Malaysia menggandakan asakan ke pintu gol pasukan lawan. Akhirnya pada minit ke 83′ Izzaq Faris muncul sebagai penyelawat Malaysia apabila berjaya menjaringkan gol kedua untuk pasukan Malaysia.


Berikut adalah video jaringan Baddrol Bathiar pada perlawanan sebentar tadi. Lain-lain video akan dimasukkan kemudian.

Video dari sokernet

Facebook Comments

Comments are closed.

Close