Twitter @hikmat_maswara Ugut Bunuh Pelajar Malaysia

Ugutan itu disebarkan semalam melalui pengguna Twitter bernama @hikmat_maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: “Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran” di Jatinangor, Bandung.

Selepas mendapat kecaman, pengguna Twitter itu memohon maaf atas tulisannya itu, namun pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan sudah membuat laporan polis berkaitan perkara berkenaan.

Carian Google

Carian Google


Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha I (Pendidikan) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun berkata, Twitter mengandungi ugutan itu tersebar luas di Malaysia.

“Selepas mendapat kecaman pelbagai pihak, @hikmat_maswara memohon maaf di twitternya dan memaklumkan beliau tidak berniat untuk membunuh tetapi didasarkan rasa kecewanya atas kekalahan pasukan Indonesia kepada Malaysia dalam pertandingan akhir itu,” katanya.

Ludinata berkata, pimpinan PKPMI di Bandung sudah membuat laporan polis di Jatinangor dan polis memberi jaminan akan menyiasat kes itu.

Pada masa yang sama Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Atase Polis dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memanjangkan perkara ini kepada Ibu Pejabat Polsi Indonesia untuk tindakan selanjutnya.

“Saya juga sudah menghubungi Rektor Universitas Padjadjaran, Bandung bagi meminta bantuan dan kerjasama pengurusan universiti untuk memastikan keselamatan mahasiswa Malaysia di sana,” katanya.

EM Indonesia katanya, sudah meningkatkan pemantauan mahasiswa Malaysia di Bandung dan seluruh Indonesia.

Pada masa ini, ada 1,005 pelajar Malaysia menuntut di Universiti Padjajaran, iaitu mewakili sebahagian besar daripada sejumlah 1,148 pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pendidikan tinggi sekitar Kota Bandung pada masa ini.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close