Tiga Sekeluarga Maut Kemalangan Di Jalan Lipis

Tiga sekeluarga maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Km 81 Jalan Lipis-Merapoh semalam.

Mereka yang maut ialah pemandu kereta Nik Abdullah Nik Isa, 51; ibunya, Siti Long, 78; dan isterinya, Nor Aizan Muhammad, 45, manakala adiknya, Nik Norizan Isa cedera parah dan kini dirawat di Hospital Gua Musang, Kelantan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awan Dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abd Rahim berkata, ketika kejadian pada pukul 2 petang, kereta yang dinaiki mereka dalam perjalanan dari arah Lipis ke Merapoh.

Gambar hiasan. Carian Google

Gambar hiasan. Carian Google


“Kereta mereka dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah pacuan empat roda dari arah Merapoh,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, Nik Abdullah dan ibunya mati di tempat kejadian, manakala Nor Aizan mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Pemandu pacuan empat roda itu cedera ringan, katanya. – Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close