Suami Isteri Maut Nahas Langgar Kerbau

Terasa masih baru Belalang kongsikan berita tentang penunggang motosikal maut gara-gara cuba mengelak dari melanggar beruk yang melintas jalan. Hari ini satu lagi kemalangan maut yang hampir sama berlaku. Kali ini membabitkan suami isteri dan seekor kerbau.

Dipercayai kemalangan berlaku apabila seekor kerbau telah melintas jalan secara tiba-tiba menyebabkan motosikal yang ditunggangi pasangan berkenaan tidak sempat mengelak.

Gambar hiasan. Carian Google

Gambar hiasan. Carian Google


Berikut adalah keratan mengenai berita berkenaan yang diambil dari BERNAMA-

Sepasang suami isteri maut apabila motosikal yang ditunggang mereka melanggar seekor kerbau di kawasan Felda Kota Gelanggi 2, dekat Jerantut.

Juhari Jubir, 60, dan isteri Rahimah Ismail, 52, mati pada pukul 8.15 pagi ini di Hospital Jerantut.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir dan Trafik Negeri, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian 2.30 petang semalam, pasangan itu dalam perjalanan untuk ke Jerantut.

“Kemalangan berlaku di kawasan berbukit di kawasan Felda berkenaan, seekor kerbau secara tiba-tiba melintas jalan menyebabkan mangsa gagal mengelak dan melanggar kerbau itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, pasangan yang menetap di Felda Kota Gelanggi 2, cedera parah dan dibawa ke Hospital Jerantut untuk rawatan, bagaimanapun mereka disahkan meninggal dunia pagi ini.

Harap penternak lembu dan kerbau menjaga ternakan mereka dengan baik. Jangan biarkan haiwan-haiwan berkenaan merayau-rayau hingga membahayakan pengguna jalan raya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close