Skuad Harimau Muda Keluar Stadium Menaiki Baracuda

Selepas berjaya menumbang serta merobek ego skuad bola sepak Indonesia malam tadi dengan keputusan 1-0, skuad kendalian Ong Kim Swee terpaksa meninggalkan Stadium Gelora Bung Karno dengan menaiki kenderaan anti-rusahan ‘Baracuda’ selepas sekumpulan penyokong Indonesia yang tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan menanti skuad Malaysia pada pintu keluar.

Kumpulan-kumpulan penyokong Indonesia terbabit telah mengeluarkan kata-kata ancaman serta beberapa ayat keras seperti¬†“tak bisa pulang”, “maling”, “tangkap malingnya” dan beberapa kata-kata kesat lagi.

Pemain-pemain serta barisan jurulatih telah meninggalkan Stadium Gelora Bung Karno dengan menaiki dua buah ‘Baracuda’.

Dua buah Baracuda yang dinaiki oleh pemain bola sepak Malaysia ketika meninggalkan stadium

Dua buah Baracuda yang dinaiki oleh pemain bola sepak Malaysia ketika meninggalkan stadium


Pada perlawanan malam tadi, Malaysia telah berjaya mengalahkan tuan rumah Sukan SEA 2011 Indonesia dalam perlawanan yang dipenuhi dengan aksi-aksi menarik dari kedua-dua pasukan. Malaysia berjaya memintas pasukan Indonesia untuk mengungguli Kumpulan A dengan 10 mata diikuti Indonesia di tempat kedua dengan 9 mata.

-Gambar dan info dari Kompas

Facebook Comments

Comments are closed.

Close