Restoran Noodle Station Maju Junction Meletup

Dua bulan lalu, negara pernah digemparkan dengan insiden letupan di pusat beli-belah Empire Gallery di Subang Jaya dekat sini, berpunca daripada kebocoran gas memasak di sebuah restoran di situ.

Malam tadi, satu lagi kejadian letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas berlaku di restoran Noodle Station yang terletak bersebelahan pintu masuk utama pusat beli-belah Maju Junction di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

KEADAAN restoran Noodle Station di pusat beli-belah Maju Junction yang separuh musnah dipercayai akibat kebocoran gas memasak di Kuala Lumpur, semalam.

Mujurlah insiden kali ini tidak mengakibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa kepada orang ramai yang berada di sekitar kawasan pusat beli-belah terbabit kerana ia berlaku kira-kira sejam selepas semua premis perniagaan di bangunan itu menutup operasi.

Namun, letupan kuat itu mengejutkan orang ramai yang sedang menjamu selera di sebuah restoran terletak kira-kira 200 meter di seberang jalan, manakala serpihan dinding kaca restoran pecah berderai dan tercampak sehingga di atas jalan raya.

Letupan mengakibatkan bangunan restoran Noodle Station itu hampir musnah keseluruhannya. Dua lagi restoran terletak bersebelahan iaitu Starbuck dan Pizza Hut bagaimanapun tidak mengalami kerosakan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, orang awam memaklumkan kejadian itu kepada pihaknya pada pukul 11.25 malam tadi.

Beliau berkata, seramai 30 anggota dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit termasuk anggota Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) serta forensik kebakaran tiba di lokasi kejadian dalam tempoh tujuh minit.

Katanya, siasatan percaya letupan adalah berpunca dari sistem saluran gas petroleum cecair (LPG) di dapur restoran yang terletak bersebelahan pintu utama pusat beli-belah itu yang menghadap ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

“Letupan menyebabkan tingkap atau cermin bahagian restoran pecah dan serpihannya tercampak di atas jalan raya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close