Pelajar UiTM Seri Iskandar Maut Kemalangan

Dua mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Seri Iskandar, maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Ipoh-Lumut di sini pagi tadi.

Dalam kemalangan pukul 10.30 pagi itu, Muhammad Hilmi Md. Yusoff, 21, dan rakannya, Ain Nadia Baharuddin, 21, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Keadaan kereta dinaiki Muhammad Hilmi Md. Yusoff dan Ain Nadia Baharuddin selepas bertembung dengan sebuah lori di Jalan Ipoh-Lumut, Ipoh, Perak, semalam.

Ketua Polis Trafik negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, siasatan mendapati kereta yang dipandu Muhammad Hilmi dipercayai hilang kawalan setibanya di lokasi, lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori.

Katanya, sebuah kenderaan pacuan empat roda Honda CRV dari arah belakang kereta mangsa tidak sempat mengelak dan turut merempuhnya.

“Kereta mangsa dalam perjalanan dari Jelapang menghala ke Lumut untuk ke kampus mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Wan Abdullah, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Incoming search terms:

  • ain nadia kemalangan (2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close